Home Facebook Follow
Posted Tuesday, May 8, 2012 // 0 comments (+)



Sebelum saya berpindah masuk ke rumah yang saya duduk sekarang (rumah warden asrama) kucing betina ini memang dah menetap di asrama tersebut. Sejak pindah ke sini bulan puasa tahun lepas, rajin pula bagi makan kucing-kucing gelandangan termasuk kucing ini. Ketika ini beliau masih anak dara.. haha.. umurnya pun nampak masih muda belia. Sejak diberi makan, tiap kali keluar rumah atau balik nak masuk rumah dia suka halang kaki saya berjalan. Naik rimas pula. Selepas beberapa lama, saya mendapati beliau telah dibuntingkan dengan kucing gelandangan lain. sekali dua dia membawa anak-anaknya datang ke rumah saya untuk makan. Tapi sebulan lepas, kerana saya bercuti panjang.. bila balik rumah didapati beliau dan anak-anaknya telah berpindah ke masjid di sebelah kawasan rumah saya..
About
ネコのタンゴ
A Cat Lover. Meow.
tagboard
Affiliates
Zaki Zainol | Adelige | Dalya
Credits
Layout created by mymostloved with background design by adelige and inspiration from sagacity.