Posted Sunday, November 29, 2009 //
0 comments (+)
Kalau aku tanya kebanyakan orang (yang aku dah tanyalah kan), rata-rata suka bela kucing jantan. Sebabnya senang nak jaga. Iyelah kalau yang betina, sekali kena buntingkan dek jantan, 4-5 ekor sekali keluar. Kadang-kadang kita bukan nak bela banyak. Satu, dua cukup la. Mulanya aku berpendapat sama dengan kebanyakan bahawa membela kucing betina lebih leceh until recently.Betul ke kucing jantan lebih senang nak jaga? Mungkin setiap orang ada pendapat masing-masing pasal nak bela kucing mana yang lebih senang. Tapi sekarang, aku pasti akan membela kucing betina sebagai pilihan utama. Kenapa? Bila abang dan isterinya bawak sepasang kucing jantan dan betina, aku seronok la sebab ada kucing kat rumah. Masa kecik (zaman diorang duk dalam sangkar) ok la lagi walaupun kena jaga berak kencing diorang ni (especially bila the boss is not around) its no big deal. Tapi cerita dah jadi lain bila dah masuk setahun umur. Memula si Shiro (betina) buat perangai mengaruk (nak kawen kut). Pas tu Si Kuro pulak mula nak "marking" territory. Bila start lepas bebaskan, masalah lain pulak timbul. Memula ok je, tapi satu hal yang bikin orang pening dan kadang-kadang panas hati, bila si jantan mula berak kat satu spot baru. Bila nak kencing dia tau masuk bilik air dan buang dalam bekas khas dia tapi ntah apa pasal bila nak berak dia buat perangai. Jadi sekarang ni dia memang duduk luar. Time makan je bagi masuk itu pun tak boleh alpa walau sesaat - cukup time bagi dia nak berak kat spot baru dia tu. Bila dah kat luar pun, yang menjadi sangat heran, tak reti cari pasir nak korek dan buang. merata jugak dia lepas, padahal ada je kotak pasir untuk dia. Sangat berbeza dengan Shiro si betina - pandai buang air kat toilet. Kalau dia minta makan banyak pun tak risau, pasal lepas tu dia reti pegi bilik air. Cuma kena alert la, kalau tak ada je yang kena lap/mop satu rumah. Tapi bab mop tu takdelah rasa tensen ke macam kena basuh najis Kuro. Si Shiro tu sekarang suka hati duk dalam rumah sepanjang masa. Malam pun lepak je kat dalam. Jadi, apa yang senangnya bela kucing jantan ni? Macam susah je. Mungkin la jantan yang ada kat rumah tu ada sedikit behaviour disorder yang menyebabkan dia berperangai pelik-pelik tapi walau apapun, lepas ni kucing jantan is not my favourite anymore but it doesn't mean aku tak nak bela langsung kucing jantan. :D |
About
ネコのタンゴA Cat Lover. Meow. Recent Updates
tagboard
|