Home Facebook Follow
Posted Friday, October 30, 2009 // 0 comments (+)


Female feline and Kuro's friend/partner.
Manja kucing ni dan suka mengiau untuk menarik perhatian kami. Berbanding kucing jantan, yang betina lebih suka duduk rumah walaupun kadang-kadang dibenarkan lepas bebas. Kejap-kejap keluar masuk rumah. (dan rasanya) Macam kucing-kucing betina lain, agak cerewet dan memilih makanan - lebih suka makanan yang lembut berbanding biskut kucing.
Jadi cerita aku yang berkait dengan si Shiro ni berlaku beberapa minggu yang lalu, (bukan kebiasaan yang biasa), pintu "sliding" ruang tamu akan dibiarkan terbuka bagi membolehkan Shiro keluar masuk dengan bebas pada waktu malam. Nak jadi cerita, satu malam sekitar minggu tersebut, aku yang lepas selesai mencuci baju pun keluar untuk menyidai basuhan (tanpa menyedari pintu itu ditutup oleh abang sejurus aku keluar).
Jadi selesai menyidai, dengan yakinnya niat aku nak masuk ke dalam rumah tapi rupa-rupanya aku pergi merempuh pintu "sliding"!!
Owwww, that's really hurt!
Dahi aku terhantuk, kesengalan yang amat terasa pada hidung dan mulut rasa macam nak pecah! Tersandar aku kat tepi pintu terkedu sambil menekup mulut sebab gigi pun ada rasa macam nak tercabut. Berpinar juga kepala. It was totally a bad luck to me that night for having such accident. Ini disebabkan dalam kepala otak dah "mind-set" - pintu terbuka sebab kucing Shiro nak keluar masuk, dan aku sedikitpun tak memandang ke depan masa berjalan. Ha, ambik kau!!
Hasilnya, kepala terasa bengang selama 3 hari, hidung dan mulut membengkak (walaupun tidak begitu ketara). Bahagian mulut yang pecah di bahagian dalam, lansung menjadi ulser (mata ikan) dan masih belum pulih sampai saat aku menaip cerita ini kecuali bisanya dah berkurangan dan bengkaknya mula surut. Aku juga dah boleh menggosok-gosok bawah hidung tanpa ragu-ragu! (Hahaha..). Walau macam manapun, masih kira bernasib baik sebab hidung aku tak patah ke, senget ke, kalau tak lagi haru.
Kesan kejadian ini aku teringat pulak kisah Abah yang langgar cermin dinding restoran yang dia ingatkan pintu keluar. Masa tu boleh kami gelak. Memang lucu tapi aku rasa malam tu teruk betul aku gelakkan dia, sekarang padan muka aku!
Kesan truma pun ada juga. Lepas ni, asal nampak pintu jenis "sliding" ni, walaupun daripada jauh dan konfem ia tertutup, tapi sampai depan pintu tu kena raba cermin baru buka dan masuk. XD

Labels:

About
ネコのタンゴ
A Cat Lover. Meow.
Recent Updates
tagboard
Affiliates
Zaki Zainol | Adelige | Dalya
Credits
Layout created by mymostloved with background design by adelige and inspiration from sagacity.