Posted Tuesday, July 6, 2010 //
0 comments (+)
![]() Aku mula kenal kucing yang bernama Benjamin atau nama pendeknya Ben semasa aku melawat seorang kawan yang merupakan owner Ben. Namanya takyah la cerita tapi kalau sesiapa kenal Ben, mungkin kenal dengan Mama Ben. Bila aku mula bekerja di tempat baru (tempat kerja sekarang) aku menumpang sementara di rumah Mama Ben, so unofficially aku duduk serumah dengan Ben jugak. Dengan mama dia memang manja tapi Ben ni nampak macam sombong sikit la. Tapi sebenarnya dia suka kalau orang belai dia. Sebabkan perangai dia camtu aku panggil di BENnito. Ben ni kadang-kadang sangat nakal tapi mama dia tak pernah marah, jadi bila aku duduk situ, aku ni dah jadi macam mak tiri Ben yang suka disiplinkan Ben. Ben tau aku garang dan marah kalau aku pegang hanger baju depan dia, nanti dia nyoroklah bawah katil, hahaha.. Dia suka buli adik dia, seekor ikan puyu. Kalau waktu pagi, dia suka kejutkan aku bangun sebab nak makan sarapan... Sejak pindah dah lama tak jumpa Ben. Rindulah... Rindu bila dia suka tidur atas katil aku bila aku takde, rindu nak tayang hanger depan Ben biar rasa cuak, rindu nak bagi Ben puyuh goreng. |
About
ネコのタンゴA Cat Lover. Meow. Recent Updates
tagboard
|