Posted Wednesday, November 11, 2009 //
1 comments (+)
Persolan mengapa ini merupakan perkara yang aku perhatikan sejak aku mula mengenali makhluk bernama kucing ini. Satu tabiat kucing ini suka aku perhatikan setiap kali selepas mereka selesai makan. Aku tak pernah la pula membuat kajian terperinci mengenai tabiat ini tapi aku mengandaikan kucing menjilat tangannya (bukan tapak tangannya - biasanya bermula bahagian tepi tangannya dan kemudiannya dia akan menyapu sisi tangan yang dijilatnya itu kebahagian kepala dan telinganya) untuk membersihkan mulutnya lepas makan. Macam kita mengelap mulut kita dengan tisu, napkin atau apa sahaja yang sesuai sebaik selepas makan. Sesetengah orang basuh mulutnya dahulu dengan air baharu lap. Jadi, bagi kucing pula bulu-bulunya seakan tisu lap untuk kucing "mengelap" mulutnya. Kebiasaan kucing akan menjilat-jilat mulutnya diikuti proses menjilat tangannya. Tabiat lain yang barkait, ialah tabiat kucing membersihkan badan yang biasa aku panggil "Grooming" - whether this term is a correct term to describe the cat behaviour, I'm not sure also but that's how I call it and apparently, its a correct term to use - based on my reading about cat behaviour information from this site http://www.thecompletecat.com/Cat-Behavior/cat-cleaning-behavior-evolution.php
Labels: Perilaku Kucing |
About
ネコのタンゴA Cat Lover. Meow. Recent Updates
tagboard
|