Home Facebook Follow
Posted Monday, October 26, 2009 // 3 comments (+)
 

Ini kucing jantan yang bernama Kuro. Kadang-kadang panggil Hitam. Masa kecik mukanya kurang comel tapi bila dah besar dan umur setahun lebih, badannya tegap, bermuka lebar dan nampak lebih comel.. kucing yang agak spoiled juga le, bukanlah kategori kucing jahat cuma ala.. biasalah type-type kucing belaan yang dimanjakan. Jenis yang sangat hyperaktif..


 

Kebelakangan ni sejak dia mula menjadi kucing dewasa tingkah laku dan kebiasaan tabiatnya mula berubah. Kalau dulu sebelum umurnya setahun, hanya dilepaskan bermain dalam rumah, tapi bila kucing ni nak jadi "jantan" dan dia mula hendak "menanda kawasan" sesuatu perlu dilakukan..
Jadi bagi mengelakkan dia menjadi stress+gila isim, maka abang aku (tuan Kuro) memberi "green light" kebebasan penuh kepada Kuro.
Jadi selepas raya lepas secara rasminya, waktu malam adalah waktu Kuro "mengembara" dan eksplorasi kawasan perumahan tempat dia tinggal. Dia mula "marking territory" dan menunjukkan kehandalan sebagai kucing jantan (kepada kucing-kucing jantan lain), tapi tak dapat nak dipastikan jantan mana yang lebih handal. Aku rasa dia kut yang jadi kucing kaki gaduh.
Tapi sejantan manapun Kuro, waktu awal pagi adalah waktu dia "punch" untuk makan pagi (sebab kebiasaan dari kecil sarapan seawal jam 6.30 pagi). Tapi ada waktu-waktunya juga dia punch lambat. Masuk kandang dia dan tidur sepanjang hari.
Semalam baharu perasan dia jalan tempang. Rupa-rupanya kaki depannya bengkak. Kata abang, dia nampak ada (jiran) baling benda pada Kuro sebab nak halau dia daripada bergaduh dengan kucing dia. Dalam hal ni, terpaksa membiarkan perkara berlaku secara semulajadi. Maksud aku, di kampung (rumah mak), kucing jantan yang ada tak berapa nak jantan (gagah) dan kalau bergaduh mesti kalah punya, jadi kalau aku nampak kucing jantan yang dok ligan kucing aku, mesti aku nak baling juga dengan kayu ke apa sebagai tanda protection.
Well, the neighbour will also do the same as what I did and I just hope that he (Kuro) will be alright..

Labels:

About
ネコのタンゴ
A Cat Lover. Meow.
Recent Updates
tagboard
Affiliates
Zaki Zainol | Adelige | Dalya
Credits
Layout created by mymostloved with background design by adelige and inspiration from sagacity.