Posted Thursday, October 22, 2009 //
1 comments (+)
AJ atau Alexander James, sebenarnya ialah seekor kucing betina. Namakan dia sempena AJ BSB sebab masa dia (kucing) mula dibela, tengah minat sangat dengan kumpulan BSB tu..
Dah tak ingat umurnya sekarang dah berapa tahun (rasanya lebih 5 tahun) dan inilah kucing yang paling lama hayatnya hidup bersama keluarga kami di Johor.
Gambar ini diambil masa umur beliau muda lagi.. sekarang dah mula nampak lemah, bulunya mula berubah warna, dan macam sakit.
DIA YANG KU KENALI...
Kucing yang sangat sopan, pemalu dan rekod peribadinya adalah yang terbaik.. (Aku terasa sebak saat ini sebab mengenangkan dia akan mati bila-bila masa je dari sekarang).
Jarang mendengar dia mengiau.. kalau kebiasaan kucing ni kalau lapar, macam kebulur sangat dan bising tapi AJ tak pulak.. paling tidak dia akan mengekori orang yang pergi ke dapur...
Satu sifat dia yang selalu buat aku senyum ialah dia pantang dengar orang koyakkan plastik snak (makanan) atau nampak orang makan keropok.. dia mesti duduk kat depan kita dan angkat sebelah tangannya (nak sikit le tuu..)
AJ juga seekor ibu kucing yang penyayang.. sangat penyayang... kadang tu anaknya yang kategori tua bangka pun nak menyusu ngan dia.. AJ masih lagi menjilatkan anaknya.. kita pulak yang akan tepuk kucing tu tak bagi dia menyusu.. :D
Labels: Kucing Belaan |
About
ネコのタンゴA Cat Lover. Meow. Recent Updates
tagboard
|