|
Posted Friday, August 23, 2013 //
0 comments (+)
Itulah tajuk satu forum yang baru lepas saya hadiri malam ni. Satu forum anjuran Kolej Tun Puteri sempena Kolej Terbuka 2013 di UiTM Melaka.Masa dapat surat jemputan ni duk terfikir.. Kucing? Nama Muezza.? ada kucing ke dalam forum ni nanti? Memang ada rasa pelik sikit.. rupanya Muezza atau Mu'izza ialah seekor kucing kesayangan Rasulullah SAW. Sayangnya Baginda kepada binatang bernama kucing ni, Baginda sanggup menggunting jubah sembahyangnya yang ditiduri oleh Muezza kerana tidak mahu membangunkan kucingnya itu. Sayangnya Baginda pada Muezza juga kerana apabila kedengaran azan, Muezza mengeow seolah ikut sama mengalunkan azan. kisah ni bagaimanapun tidak ada bukti sahih daripada perawi-perawi hadis, hanya sekadar kisah sahaja tapi banyak diceritakan dalam kebanyakan blog yang boleh dijumpai. Daripada blog-blog yang saya baca ni juga rupanya kucing ni suci dan tidak ada kuman sebab ada riwayat yang menceritakan Baginda Nabi Muhamad SAW mengambil wuduk daripada bekas yang sama yang telah dijilat kucing (minum), dan Siti Aisyah RA pula hanya membersihkan/membuang sebahagian yang dijilat kucing sahaja kemudian memakan bubur tersebut. Anyway, itu bukanlah intipati sebenar nak update blog kucing saya yang tak seberapa ni, sebab dalam kebanyakan blog lain dah banyak cerita pasal hal tersebut.. semua boleh search dengan mudah.. Apa yang saya nak share dalam blog saya malam ni adalah berkenaan salah seorang panel jemputan yang datang berbicara tentang kucing, pengalaman dan sumbangan beliau kepada warga kucing. Saya kira orang ini mungkin popular sebab pernah baca tulisan beliau pasal kucing dalam majalah MASTIKA. Ok, saya tak tau sejauh mana populariti Mastika ni tapi, mesti ada orang yang baca, kan? Orang yang saya maksudkan ialah Papa Hero. Nama betul beliau tak pula saya interview masa kami menjamu makan lepas forum berakhir tadi. Maklumlah saya jenis tak pandai beramah mesra dan berbual-bual... hanya mendengar beliau bersembang dangan panel lain serta moderator forum juga jemputan-jemputan lain yang turut hadir tadi. (Ada gambar nak upload tapi ada masalah teknikal plak. Update lain kalilah) Populariti Papa Hero ni seingat saya tentang kucing yang beliau selamatkan dan khabarnya telah 8 tahun hidup dengan beliau. Bukan dalam Mastika je kisah Papa hero dan kucing beliau rupanya dalam buletin TV3 pun ada. Boleh lawat blog PH sendiri di http://kakimotong.blogspot.com/
gambar daripada blog Papa Hero.
Forum ni pun ada menyentuh tentang public awareness supaya sayangi kucing. Sayangnya masa singkat sangat kalau tak kupasan berkaitan hak dan undang-undang berkaitan penderaan binatang boleh diceritakan dengan lebih mendalam lagi.. dan rasanya banyak lagi cerita-cerita yang ingin ditanya oleh moderator dan ingin dikongsi oleh Papa Hero.
Labels: kucing, kucing dan cerita, Muezza, Papa Hero |
About
ネコのタンゴA Cat Lover. Meow. Recent Updates
tagboard
|