Posted Tuesday, May 7, 2013 //
0 comments (+)
Hmm... hari ni takde snap gambar kucing yang saya jumpa di mana-mana, tapi saya cuma teringat, telah berapa banyak kucing dalam hidup kami yang boleh saya ingati... (Kami tu bermaksud adik-beradik saya - kaklong, selamat, saya, sayang, dan awe)1. NGANYAU - ini mungkin kucing semasa kami masih kanak-kanak dan duduk dengan nenek. Kucing jantan yang cukup jinak. Apa yang saya mampu ingati tentang beliau ialah suka berlari bersama kami setiap kali kami naik turun tangga di rumah nenek dari dapur sehingga ruang tamu. 2. ANDY LAU - Kucing ini sebenarnya kucing sepupu kami, tetapi Andy Lau lebih suka datang rumah kami. (masa tu Abah dah dirikan rumah di sebelah rumah sepupu kami tersebut, kami tak duduk dengan nenek lagi dah..). Nama Andy Lau sebab pertama muka dia adalah macam iras cina, macam mana kami pun tak tau, lepas tu, Izah, sepupu kami tu, kemaruk Andy Lau... :D. Abah cukup tak suka, dan suka ligan kucing dengan penyapu mungkin sebab kami masih anak-anak, tapi kami pulak cukup suka smuggling Andy Lau dalam kelambu pada waktu malam dan tidur bersama kami... Andy Lau mati kerana kemalangan dan mungkin sebab sayang kami lebih, beliau terbaring kaku di anjung rumah ibubapa kami... 3. SHAGGY - tak banyak ingat tentangnya tapi dia telah lari mencari kekasih... gambar dia ada, tapi kena scan la plak... update next timelah.. 4. SLASH - kucing hitam legam kami panggil Slash sebab minat Guns n Roses.. waktu tu memang band ni tengah fofuler... Slash rasanya mati semasa masih kanak-kanak... 5. ANDERSON - ini pon kucing sepupu kami yang kami lebih-lebih sayang berbanding tuan dia sendiri... 6. A.J - Kucing betina kacukan Parsi+kampung yang dibawa balik oleh adik saya. Nama A.J ahli kumpulan Backstreet Boys. Ini kucing paling lama hidup dengan kami. Rasanya hampir (mungkin lebih) 10 tahun. Sayang adopted her since she was in Tingkatan 6 until finished her studies at UUM and was working as toll gate girl.. but finally our daddy abandoned her somewhere.. I was sad but I wasn't there.. Things I can remember about her were she was the most sweetest cat, very polite and quite. Sayang cakap, A.J sesuai dengan namanya sebab dia bermuka garang walaupun comel. Jangan tak caya, A.J suka pau tempe mak.. kalau mak tengah membungkus tempe, mesti dia duduk sebelah makan tempe.. agaknya sebab tulah susu dia banyak sampai Asyranto suka menempel hisap susu... 7. ABDOOL - Anak A.J. Jangan ingat nama Abdool, ialah jantan. Abdool ialah kucing betina.. :D Walaupun dia beranak, dia ni tak berapa reti jaga anak dia. Nama Abdool diambil daripada cerita P. Ramlee, 3 Abdul sebab dia pun tiga beradik. 8. KEVIN - Suka makan durian. kucing ni badan sasa, masa tu fenomena BSB tengah memuncak, maka dapatlah nama Kevin ni... Kevin juga lari sama ada mencari kekasih atau mencari kawasan dominasi dia. Ni pun sama, gambar dia ada, tapi nak kena scan la plak... update next timelah.. 9. MING MING - Anak Abdool. Kucing kami yang rabun dan penakut sikit dengan saya yang jarang-jarang balik rumah mak sejak pindah Melaka. Kalau dia berlari-lari nak masuk pagar pintu rumah, mesti dia melanggar grill tersebut.. kalau tengok kesian juga... Ming Ming sangat disayangi oleh kaklong. Dialah yang bela Ming Ming, Bagi Ming Ming makan, jadi sewaktu Ming Ming meninggalkan dia (mati), dia sangat sedih... 10. USAGI - Anak ABDOOL 11. DANTE - macam kena dengan nama karektor, kata adik-adik saya Dante pun perangai cam setan sket.. hahaha... mula-mula dia manjalah dengan kami, dah remaja kerja kat kedai makan depan rumah kami, tapi time lapar balik pulak makan.. lama-lama tak balik langsung.. sekarang anak buah kata dah Innalillaaaah... 12. NERO - masa ni pulak kaklong tengah demam karektor games nilah.. tak main pon gamesnya.. dapat namakan kucing pon jadiklah... ni memilih sangat makan tak pernah gemok pon... menjeng sikit.. ekor Nero lebih panjang berbanding dalam gambar ni, sebab pernah terputus hujungnya... by the way Nero and Dante are siblings and also adopted by Sayang, but raised by Awe and Kaklong.. sometimes, I sponsored their food. 13. ASYRANTO-KUN - nama watak dalam anime Gundam. Walaupon dah besar panjang, tak tau malu, berebut dengan adik-adik dia nak hisap susu Mama A.J. 14. TORA, TORI dan TORU - very briefly lived with us, except Toru chan. Dool's babies... kawaii desu ne? 15. MOO RYONG - masa dah kemaruk cerita Korea pulak... masa tu on air ialah Yuu Hee the Witch... 16. YUU HEE - paling comel... waktu gambar ni diambil dia sakit.. rasanya that was the last time I saw her and took her picture. ps: Ini tak termasuk, kucing-kucing yang abang saya bela kini di rumah beliau sendiri... Labels: kucing, Kucing Belaan, kucing dan cerita |
About
ネコのタンゴA Cat Lover. Meow. Recent Updates
tagboard
|