Posted Friday, August 23, 2013 //
0 comments (+)
Itulah tajuk satu forum yang baru lepas saya hadiri malam ni. Satu forum anjuran Kolej Tun Puteri sempena Kolej Terbuka 2013 di UiTM Melaka.Masa dapat surat jemputan ni duk terfikir.. Kucing? Nama Muezza.? ada kucing ke dalam forum ni nanti? Memang ada rasa pelik sikit.. rupanya Muezza atau Mu'izza ialah seekor kucing kesayangan Rasulullah SAW. Sayangnya Baginda kepada binatang bernama kucing ni, Baginda sanggup menggunting jubah sembahyangnya yang ditiduri oleh Muezza kerana tidak mahu membangunkan kucingnya itu. Sayangnya Baginda pada Muezza juga kerana apabila kedengaran azan, Muezza mengeow seolah ikut sama mengalunkan azan. kisah ni bagaimanapun tidak ada bukti sahih daripada perawi-perawi hadis, hanya sekadar kisah sahaja tapi banyak diceritakan dalam kebanyakan blog yang boleh dijumpai. Daripada blog-blog yang saya baca ni juga rupanya kucing ni suci dan tidak ada kuman sebab ada riwayat yang menceritakan Baginda Nabi Muhamad SAW mengambil wuduk daripada bekas yang sama yang telah dijilat kucing (minum), dan Siti Aisyah RA pula hanya membersihkan/membuang sebahagian yang dijilat kucing sahaja kemudian memakan bubur tersebut. Anyway, itu bukanlah intipati sebenar nak update blog kucing saya yang tak seberapa ni, sebab dalam kebanyakan blog lain dah banyak cerita pasal hal tersebut.. semua boleh search dengan mudah.. Apa yang saya nak share dalam blog saya malam ni adalah berkenaan salah seorang panel jemputan yang datang berbicara tentang kucing, pengalaman dan sumbangan beliau kepada warga kucing. Saya kira orang ini mungkin popular sebab pernah baca tulisan beliau pasal kucing dalam majalah MASTIKA. Ok, saya tak tau sejauh mana populariti Mastika ni tapi, mesti ada orang yang baca, kan? Orang yang saya maksudkan ialah Papa Hero. Nama betul beliau tak pula saya interview masa kami menjamu makan lepas forum berakhir tadi. Maklumlah saya jenis tak pandai beramah mesra dan berbual-bual... hanya mendengar beliau bersembang dangan panel lain serta moderator forum juga jemputan-jemputan lain yang turut hadir tadi. (Ada gambar nak upload tapi ada masalah teknikal plak. Update lain kalilah) Populariti Papa Hero ni seingat saya tentang kucing yang beliau selamatkan dan khabarnya telah 8 tahun hidup dengan beliau. Bukan dalam Mastika je kisah Papa hero dan kucing beliau rupanya dalam buletin TV3 pun ada. Boleh lawat blog PH sendiri di http://kakimotong.blogspot.com/
gambar daripada blog Papa Hero.
Forum ni pun ada menyentuh tentang public awareness supaya sayangi kucing. Sayangnya masa singkat sangat kalau tak kupasan berkaitan hak dan undang-undang berkaitan penderaan binatang boleh diceritakan dengan lebih mendalam lagi.. dan rasanya banyak lagi cerita-cerita yang ingin ditanya oleh moderator dan ingin dikongsi oleh Papa Hero.
Labels: kucing, kucing dan cerita, Muezza, Papa Hero Posted Monday, June 3, 2013 //
0 comments (+)
Disuatu pagi yang hening, sedang aku menyiapkan sarapan, aku telah disapa oleh seseekor..seperti biasa.. kucing gelandangan ini menegur aku untuk meminta sesuap cekodok.. cubaannya untuk menyelinap tingkap dapur.. usaha yang berterusan geram agaknya... beliau gigit jeriji tingkap.. akhirnya... nak mengalah... tapi... melakukan cubaan sekali lagi tanpa berputus asa.. terus mencuba... .. dan mencuba... Labels: kucing, kucing dan cerita, lawak jenaka, Perilaku Kucing Posted Tuesday, May 7, 2013 //
0 comments (+)
Hmm... hari ni takde snap gambar kucing yang saya jumpa di mana-mana, tapi saya cuma teringat, telah berapa banyak kucing dalam hidup kami yang boleh saya ingati... (Kami tu bermaksud adik-beradik saya - kaklong, selamat, saya, sayang, dan awe)1. NGANYAU - ini mungkin kucing semasa kami masih kanak-kanak dan duduk dengan nenek. Kucing jantan yang cukup jinak. Apa yang saya mampu ingati tentang beliau ialah suka berlari bersama kami setiap kali kami naik turun tangga di rumah nenek dari dapur sehingga ruang tamu. 2. ANDY LAU - Kucing ini sebenarnya kucing sepupu kami, tetapi Andy Lau lebih suka datang rumah kami. (masa tu Abah dah dirikan rumah di sebelah rumah sepupu kami tersebut, kami tak duduk dengan nenek lagi dah..). Nama Andy Lau sebab pertama muka dia adalah macam iras cina, macam mana kami pun tak tau, lepas tu, Izah, sepupu kami tu, kemaruk Andy Lau... :D. Abah cukup tak suka, dan suka ligan kucing dengan penyapu mungkin sebab kami masih anak-anak, tapi kami pulak cukup suka smuggling Andy Lau dalam kelambu pada waktu malam dan tidur bersama kami... Andy Lau mati kerana kemalangan dan mungkin sebab sayang kami lebih, beliau terbaring kaku di anjung rumah ibubapa kami... 3. SHAGGY - tak banyak ingat tentangnya tapi dia telah lari mencari kekasih... gambar dia ada, tapi kena scan la plak... update next timelah.. 4. SLASH - kucing hitam legam kami panggil Slash sebab minat Guns n Roses.. waktu tu memang band ni tengah fofuler... Slash rasanya mati semasa masih kanak-kanak... 5. ANDERSON - ini pon kucing sepupu kami yang kami lebih-lebih sayang berbanding tuan dia sendiri... 6. A.J - Kucing betina kacukan Parsi+kampung yang dibawa balik oleh adik saya. Nama A.J ahli kumpulan Backstreet Boys. Ini kucing paling lama hidup dengan kami. Rasanya hampir (mungkin lebih) 10 tahun. Sayang adopted her since she was in Tingkatan 6 until finished her studies at UUM and was working as toll gate girl.. but finally our daddy abandoned her somewhere.. I was sad but I wasn't there.. Things I can remember about her were she was the most sweetest cat, very polite and quite. Sayang cakap, A.J sesuai dengan namanya sebab dia bermuka garang walaupun comel. Jangan tak caya, A.J suka pau tempe mak.. kalau mak tengah membungkus tempe, mesti dia duduk sebelah makan tempe.. agaknya sebab tulah susu dia banyak sampai Asyranto suka menempel hisap susu... 7. ABDOOL - Anak A.J. Jangan ingat nama Abdool, ialah jantan. Abdool ialah kucing betina.. :D Walaupun dia beranak, dia ni tak berapa reti jaga anak dia. Nama Abdool diambil daripada cerita P. Ramlee, 3 Abdul sebab dia pun tiga beradik. 8. KEVIN - Suka makan durian. kucing ni badan sasa, masa tu fenomena BSB tengah memuncak, maka dapatlah nama Kevin ni... Kevin juga lari sama ada mencari kekasih atau mencari kawasan dominasi dia. Ni pun sama, gambar dia ada, tapi nak kena scan la plak... update next timelah.. 9. MING MING - Anak Abdool. Kucing kami yang rabun dan penakut sikit dengan saya yang jarang-jarang balik rumah mak sejak pindah Melaka. Kalau dia berlari-lari nak masuk pagar pintu rumah, mesti dia melanggar grill tersebut.. kalau tengok kesian juga... Ming Ming sangat disayangi oleh kaklong. Dialah yang bela Ming Ming, Bagi Ming Ming makan, jadi sewaktu Ming Ming meninggalkan dia (mati), dia sangat sedih... 10. USAGI - Anak ABDOOL 11. DANTE - macam kena dengan nama karektor, kata adik-adik saya Dante pun perangai cam setan sket.. hahaha... mula-mula dia manjalah dengan kami, dah remaja kerja kat kedai makan depan rumah kami, tapi time lapar balik pulak makan.. lama-lama tak balik langsung.. sekarang anak buah kata dah Innalillaaaah... 12. NERO - masa ni pulak kaklong tengah demam karektor games nilah.. tak main pon gamesnya.. dapat namakan kucing pon jadiklah... ni memilih sangat makan tak pernah gemok pon... menjeng sikit.. ekor Nero lebih panjang berbanding dalam gambar ni, sebab pernah terputus hujungnya... by the way Nero and Dante are siblings and also adopted by Sayang, but raised by Awe and Kaklong.. sometimes, I sponsored their food. 13. ASYRANTO-KUN - nama watak dalam anime Gundam. Walaupon dah besar panjang, tak tau malu, berebut dengan adik-adik dia nak hisap susu Mama A.J. 14. TORA, TORI dan TORU - very briefly lived with us, except Toru chan. Dool's babies... kawaii desu ne? 15. MOO RYONG - masa dah kemaruk cerita Korea pulak... masa tu on air ialah Yuu Hee the Witch... 16. YUU HEE - paling comel... waktu gambar ni diambil dia sakit.. rasanya that was the last time I saw her and took her picture. ps: Ini tak termasuk, kucing-kucing yang abang saya bela kini di rumah beliau sendiri... Labels: kucing, Kucing Belaan, kucing dan cerita Posted Sunday, May 5, 2013 //
0 comments (+)
Ewah... title ni macam satu cerita thriller ke seram... ada, cuba la cari.. tapi ni bukan kisah macam dalam filem Let Me In tu.. ini kisah seekor kucing yang merayu meminta makan. Kaki beliau, dua-dua tempang.. tapi, tak pada dengan kekurangan beliau, lariannya sangat pantas... sayu rasanya bila dia mencakar pintu sliding ni nak masuk minta biskut...Labels: kucing, kucing dan cerita Posted Monday, February 11, 2013 //
1 comments (+)
Ini antara kucing-kucing gelandangan yang menghuni kolej tempat saya bekerja. Untuk pengetahuan, kucing ini adalah anak Oren (sila rujuk post "Oren yang malas grooming bulu sendiri"). Sebenarnya dia ada kembar, si Gemuk. Kucing ni antara yang selalu saya beri makan, maka dengan sebab itu dia jinak dan manja. Sebetulnya saya jarang membuka pintu sliding rumah tu, tapi disebabkan terlalu panas, saya pun bukalah pintu sliding tersebut.. konon-konon nak bagi angin masuk, tapi mereka pula yang masuk.. Yang si Gemuk tu, saya tak ingat waktu ni dia buat apa kat dalam rumah tu, tapi si kurus ni, duduk sebelah saya. Pada awalnya dia hanya berbaring seperti itu, bila melihat saya tidak memarahinya, dia terus berbaring seenaknya diatas bantal tersebut dan membersihkan bulunya (macam yang biasa kucing buat bila dia nak tidur...). Mereka ni jarang sangat saya benarkan masuk ke dalam rumah, nanti terbiasa mua pula.. tapi itu antara kenangan manis saya dengannya.. beberapa bulan lepas, saya dapati banyak kucing gelandangan yang tiada termasuk si kurus ni.. yang ada hanyalah si Gemuk, Oren dan 3-4 kucing dewasa lain.. selebihnya (anak-anak kucing termasuk anak-anak Oren yang baharu telah tiada). Kemudian barulah saya dapat tahu pihak pengurusan telah membuat operasi menangkap kucing-kucing liar ni... Saya berasa sedih dan simpati bila mengenang kucing-kucing yang biasa berlari-lari mengejar kaki saya (kadang-kadang kaki adik atau suami) untuk minta makan, tapi kini telah tiada.. Biarlah sekejap cuma, dapat juga dia menumpang kaseh kami yang tak seberapa... Labels: kucing dan cerita |
About
ネコのタンゴA Cat Lover. Meow. Recent Updates
tagboard
|